-
Baca petikan dari awal hingga akhir
walaupun semasa menjawab soalan rumusan anda sudah membacanya.
-
Fahami apa yang terkandung dalam
petikan.
-
Baca soalan dan garis kata kunci
soalan.
-
Pastikan manakah soalan langsung dan
soalan KBKK.
-
Padankan apa yang disoal dengan
markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah boleh menggambarkan
berapa isi yang dikehendaki.
-
Tulis menggunakan ayat yang sempurna
dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan.
-
Gunakan bahasa yang standard,
bukannya yang dipengaruhi kata pinjaman atau loghat tempatan.
-
Sekiranya soalan terdiri daripada dua
bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.
-
Untuk soalan KBKK terutama yang
berkehendakkan pandangan anda, jangan sesekali menjawab secara
melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan.
-
Dicadangkan anda menggaris setiap isi
yang dikemukakan dengan pensel.
-
Contoh soalan dan jawapan:
Apakah langkah-langkah yang
telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk membendung keganasan oleh
golongan pelampau?
(3 markah)
Malaysia telah mengambil
langkah-langkah yang wajar untuk mengatasi kegiatan ganas golongan
pelampau dengan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA),
memantau kegiatan persatuan dan pertubuhan yang
diragui serta memberi penerangan menerusi media massa.