Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998 |
|
SYAIR KELEBIHAN ILMU |
|
SYAIR KELEBIHAN ILMU MAKSUD 1. Rangkap 1 - Ilmu sangat bermanfaat kerana dapat menjadi panduan hidup memperoleh ilmu ,sepanjang hayat ilmu itu dapat dimanfaat. 2. Rangkap2 - Ketinggian nilai ilmu tidak dapat ditukarkan walaupun dengan sebuah dunia, faedah ilmu tidak terhad dan boleh dimanfaatkan di mana-mana saja. 3. Rangkap 3 - llmu menjadi penghias dari bagi seseorang ,menjadi sahabat ,dan menjadi teman yang memberikan panduan semasa mengembara. Dalam masyarakat,ilmulah yang membezakan seseorang daripada yang lain . 4. Rangkap 4 - Ilmu dapat menghiburkan hati yang sedih, membantu seseorang memahami sesuatu perkara dengan jelas,dan digunakan selepas seseorang itu mati atau menjadi bekalan di alam kubur. Hidup menjadi lebih bahagia dengan adanya ilmu. 5. Rangkap 5 - Orang yang berilmu akan mendapat ganjaran pahala.Ilmu yang merangkumi seluruh kehidupan dapat membantu seseorang mencapai cita-citanya. 6. Rangkap 6 - Ilmu ialah alat yang amat besar faedahnya. Orang yang bijaksana amat ingin memiliki ilmu. Sesungguhnya bidang ilmu sangat luas dan tiada batasnya. ISI DAN PERSOALAN 1. Pentingnya ilmu dalam kehidupan . BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR 1. Enam rangkap. GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI 1. Pemilihan kata (diksi)yang indah .Contohnya, cerah cahaya ,beramal
subur. NILAI 1. Kerajinan. Contohnya, rajin menuntut ilmu supaya dapat menjadi panduan
dalam kehidupan PENGAJARAN 1. Kita hendaklah menuntut ilmu kerana ilmu amat berguna sama ada semasa kita
hidup atau pun selepas kita mati Sumber: http://notaspm.blogspot.com/search/label/Bahasa%20Melayu
|
|
TERIMA KASIH |
|
|